SITUASI menjadi gelap akibat bekalan elektrik terputus sementara di masjid sekitar kawasan Batang Kali, Selangor ketika ceramah sedang diberikan oleh pendakwah dan penceramah bebas, Mohd Elyas Ismail atau dikenali sebagai Ustaz Elyas Ismail.
Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram milik Elyas, memaparkan suasana gelap masjid ketika bekalan elektrik terputus sementara dan secara kebetulan ceramah yang diulaskan adalah berkenaan alam kubur.
Teruskan Membaca“Saya baru ceramah tentang kubur, terus jadi betul-betul. Tengah bagi ceramah masjid di Batang Kali tuan-tuan dan puan-puan, dia bagi kita merasa gelap, tapi takpa, ada technician tengah betulkan tu.
“Alhamdulillah nampak dah semua, macam mana perasaan seperti dalam kubur tadi? Okay ke semua jemaah Batang Kali? Takpalah, anggap itu semua pengalaman kita berada dalam liang lahad,” katanya dalam video tersebut sambil ketawa.
Menariknya, video berdurasi 47 saat itu menunjukkan reaksi jemaah masih tenang dan Elyas sempat berseloroh tentang pengalaman tersebut diibaratkan pengalaman berada di liang lahad bersama jemaah yang hadir.
Dalam masa yang sama, Elyas sempat memberi pesanan buat kesemua jemaah tentang bersedekah walau bagaimanapun keadaan, sama ada gelap atau terang.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang berjenaka dengan situasi tersebut malah, ada juga yang memandang serius terhadap apa yang berlaku di dalam video itu.
“Boleh dapat terus penghayatan alam kubur ni ustaz,” kata Azrul
“Hujung ayat tu ada makna tu. ‘Dah gelap ni, eloklah bersedekah tu tuan’,” kata Iman.
“Ya Allah, perancangan Allah. Yakinlah mesti ada seorang dua dalam tu mesti hati tiba-tiba memangis takutkan Allah. Salah satu cara Allah bagi hidayah pada hamba-Nya yang terpilih,” kata Ridhuan.
Baca juga: