MAJLIS akad nikah dan persandingan telah menjadi adat resam turun temurun orang Melayu bagi meraikan pasangan raja sehari yang sah bergelar suami dan isteri.
Semakin dekat majlis, semakin buntu memikirkan konsep dan tema yang mahu dipilih untuk menjadikan hari istimewa tersebut satu memori i dah yang tidak akan dilupakan.
Teruskan MembacaKebelakangan ini, terdapat ramai selebriti Malaysia telah mendirikan rumah tangga dan majlis yang diadakan sangat menarik perhatian ramai kerana begitu cantik dan boleh dijadikan sebagai inspirasi.
Berikutan itu, KL VIRAL akan bantu anda menyenaraikan 5 majlis perkahwinan selebriti yang boleh dijadikan sebagai inspirasi:
1.Majlis Akad Nikah Neelofa dan Haris Ismail
Pemilihan warna serba putih di majlis Neelofa dan Haris Ismail menaikkan lagi seri pengantin. Seragamkan majlis dengan warna putih, sejuk mata memandang.
2. Majlis Akad Nikah Ernie Zakri dan Syamel
Sudah menjadi kebiasaan, konsep minimalis yang ringkas tetapi masih nampak segar dengan variasi hiasan bunga memenuhi ruang pelamin. Siapa yang suka konsep minimalis, ini adalah contoh terbaik buat anda!
3. Majlis Resepsi Alzalna Nasir dan Hanif Zaki
Siapa sukakan tema ala-ala puteri dongeng? Boleh ambil majlis resepsi si cantik manis pelakon, Anzalna Nasir sebagai inspirasi. Dengan bertemakan bunga berona purple, pink dan biru cair dan pelamin dirimbuni bunga berwarna putih.
4. Majlis Akad Nikah Yuna Zarai dan Adam Sinclair
Antara majlis yang lain daripada yang lain, cukup istimewa bagi bakal pengantin yang lebih gemar membuat majlis di tempat terbuka, boleh jadikan majlis akad nikah penyanyi Yuna sebagai inspirasi.
Pelamin yang berlatar belakangkan pergunungan dan hutan semula jadi dengan tema dalam taman. Yuna kelihatan cantik berseri dengan pelamin yang dihiasi dengan bunga-bunga segar.
5. Majlis Resepsi Ain Edruce dan Amirul Hafiz
Pengantin yang inginkan hari istimewa anda kelihatan bold, konsep hitam dan merah menerusi majlis Ain Edruce dan pasangan nampak sangat eksklusif dan mahal. — KL VIRAL
Baca juga: