PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat kritikan hebat kerana ingin terus mencari kebenaran dalam melakukan siasatan terhadap kecurian dana negara untuk rakyat.
Katanya, bagi menyiasat orang ternama dan golongan yang bergelar Tun, tidak semudah yang disangka dan memerlukan sokongan penuh dari semua pihak.
Teruskan Membaca“Kita perlu meningkatkan usaha kita, bukan mudah kerana hutang negara banyak tetapi ada dicuri sedikit demik sedikit duit rakyat. Bila tindakan mahu diambil, ada yang marah-marah. Mereka curi sana-sini tapi tindakan apa pun tidak diambil.
“Siasat ketua kampung senang, siasat cikgu senang. Saya nak siasat orang kaya besar-besar yang curi duit ingat senang ke? Tidak senang ye,” kata Anwar.
Anwar juga menegaskan bahawa beliau bertekad untuk tidak mahu ada lagi pihak yang mengambil duit dan harta rakyat Malaysia.
“Kita perlu menjaga negara ini, jangan bagi orang mencuri harta rakyat. KIta mahu menolong rakyat dan tidak kisah walau bagaimanapun caranya,” katanya lagi, memetik laporan, Harian Metro.
Baru-baru ini, Anwar telah menghadiri Sambutan Pesta Ponggal Kebangsaan di Padang Chetey, Klang. Turut hadir bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.
Baca juga: