Terkini

Saya tidak setuju memperlekehkan sumbangan pendakwah – PM

Sesetengah pihak telah menyalahtafsir pandangan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kisah Ashabul Kahfi.

Anwar berkata, mesej yang disampaikannya melibatkan kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi itu sebenarnya menerapkan nilai keteguhan dan kekentalan iman kumpulan tersebut dari amalan syirik serta keburukan.

Kritikan yang berunsur cacian sama sekali tidak patut dipraktikkan lebih-lebih lagi melibatkan konteks ayat Al-Quran yang kini semakin meluas dibahas di media sosial.

“Ada yang mengatakan jangan mengutuk ulama, itu betul. Sebab itu, saya tidak bersetuju kenyataan kesat atau memperlekeh sumbangan pendakwah.

“Selain dari singgungan politiknya itu kita berhak mempertikai, tetapi beberapa kupasan ahli-ahli ustaz Pas ini, saya anggap keterlaluan. Tidak payahlah kita bergaduh dalam soal ini,” katanya dalam siaran Facebook.

Pada minggu lalu di Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM), Anwar menyampaikan ucapan kepada penjawat awam, beliau turut menegaskan kepentingan nilai dan akhlak dalam menjalankan tugas, amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada mereka. — KL VIRAL

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top