KENYATAAN bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tiada sebarang penyiasatan dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, dipandang serius oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dalam kenyataan SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu sudah membuka enam kertas siasatan untuk menyiasat Anwar berikutan akuan sumpah oleh Datuk Abdul Murad yang dikeluarkan pada 26 Oktober 1999.
Teruskan Membaca“Siasatan sudah dijalankan dengan lebih terperinci dan menyeluruh kerjasama bantuan daripada Bank Negara Malaysia, termasuk cawangan di dalam dan luar negara seperti United Kingdom dan Singapura.
“Setelah selesai dengan siasatan secara keseluruhan, hasil siasatan menunjukkan tiada sebarang kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu,” katanya.
Sehubungan dengan itu, menurutnya, bukaan enam kertas siasatan berkenaan sudah dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara pada 12 Ogos 2002 dan pihak Pejabat Peguam Negara memutuskan tiada pertuduhan dikenakan kepada mana-mana pihak.
Justeru, pihak SPRM ingin menekankan sebarang dakwaan BPR mahupun SPRM tidak menjalankan tanggungjawab melunaskan siasatan terhadap Anwar, tidak benar sama sekali.
Menurutnya lagi, akuan sumpah yang telah dibuat oleh Abdul Murad juga tidak benar malah perkara berkenaan berlaku ketika kepimpinan Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Baca juga: