HOTEL The Pearl Kuala Lumpur meraikan ketibaan bulan suci Ramadan dan melakar detik serta momen indah yang tidak dapat dilupakan bersama yang tersayang sambil menikmati sajian makanan dan penginapan terbaik.
Pusat peranginan ikonik itu menawarkan pelbagai pengalaman yang unik dan konsep santapan Ramadan menerusi restoran Melo Café & Deli dengan bertemakan sajian warisan nusantara. Terletak di Aras 5, tetamu boleh memilih untuk menjamu selera di dalam atau di luar sambil menikmati hidangan lazat.
Teruskan MembacaMempunyai kapasiti tempat duduk sehingga 200 orang, manakala ballroom pula mampu memuatkan sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa.
Tahun ini, pihak hotel telah merancang pelbagai acara yang menyeronokkan serta promosi istimewa makanan dan minuman untuk memberikan tetamu merasai keistimewaan unik Ramadan bufet di The Pearl Kuala Lumpur.
Di samping itu, turut menyajikan bufet Aneka Gerai Ramadan yang pastinya memberikan pengalaman seolah-olah berada di Bazar Ramadan.
Antara gerai bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John & Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.
Selain Gerai Ramadan, cef hotel turut tampil dengan sambal istimewa iaitu Sambal Hijau, Sambal Belacan dan Sambal Tumis yang dijual dengan harga RM15 sebotol.
Antara menu istimewa lain yang dijual ialah Daging Tok Rendang (RM28), Ayam Masak Merah (RM18) dan Kupang Masak Hijau (RM28).
Pasukan Cef berbakat daripada The Pearl akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu, kami turut menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab & Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina.
Acara kemuncak pastinya hadiah cabutan bertuah yang menanti anda, Bagi setiap pembelian baucar Ramadan anda layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah kami yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5,000 tunai.
Bermula dari 14 Mac hingga 7 April 2024, The Pearl Hotel dengan berbesar hati mempersembahkan Sajian Warisan Nusantara, sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi.
Rebutlah peluang keemasan anda untuk membuat pembelian awal dengan harga istimewa.
Di samping itu kami juga turut menawarkan bufet Ramadan percuma kepada seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dengan setiap pembelian baucar untuk seorang dewasa pada harga biasa. — KL Viral
14 Mac – 24 Mac 2024
HARGA ISTIMEWA
Dewasa : RM108+
Kanak-kanak : RM68+
Warga Emas atau Orang Kelainan Upaya (OKU) : RM88+
25 MAC – 7 APRIL 2024
HARGA BIASA
PEMBELIAN 1 DEWASA PERCUMA 1 KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH
Dewasa : RM128+
Kanak-kanak : RM78+
Warga Emas atau OKU : RM98+ — KL Viral
Baca juga: