Terkini

Rumah flat terbakar, seorang warga emas mengalami sesak nafas

KEJADIAN kebakaran yang melibatkan 5 buah rumah di tingkat 17, Flat Sri Sabah, Jalan Ikan Ayu, Taman Kobena, Kuala Lumpur (KL) mengakibatkan seorang warga emas wanita mengalami sesak nafas.

Menurut Komander Operasi Kanan bertugas TPgB II, Mohd Hafizan Hassan, setibanya pasukan bomba dilokasi kejadian, kebakaran melibatkan 5 buah rumah di tingkat 17.

“Sewaktu kejadian, terdapat seorang mangsa wanita berumur 62 tahun yang mengalami sesak nafas dan kini mangsa berada di dalam keadaan stabil.

“Tindakan operasi melalui laluan tangga menggunakan teknik relay pumping (pam berganti-ganti) dan pasukan pemadam menggunakan teknik offensive dan defensive untuk mengawal kebakaran daripada merebak,” katanya.

Dalam pada itu, YS PKPjB Muhammad Salleh Abdul, Pengarah JBPM KL hadir ke lokasi kebakaran bersama TPjB Nordin Pauzi ,Pengarah Bahagian Operasi.

Sejurus keluaran pasukan operasi daripada Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pudu bersama jentera bantuan daripada BBP Bandar Tun Razak, BBP Jalan Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak, BBP Sri Hartamas serta dibantu PBS Bukit Bintang, PBS Desa Petaling dan PBS Gombak.

Jentera yang terlibat adalah FRT-3, LFRT-1, EMRS-2, Water Tanker-1, Unit RIM-3, ALP-2, dengan kekuatan 47 orang anggota lain-lain pangkat.

Baca juga:

Pelbagai

Scroll to Top