KEHADIRAN bekas pemain bola sepak, David Beckham disambut meriah oleh ratusan peminat setianya yang nyata tidak sabar-sabar untuk bertentang empat mata dengan bintang pujaan mereka itu di Kuala Lumpur.
Berdasarkan perkongsian video di media sosial, peminat Beckham bersorak dan berebut-rebut untuk meminta tanda tangannya sebagai ‘hadiah’ atau kenangan.
Teruskan MembacaSelain itu, ketibaan yang ditunggu-tunggu oleh peminat sempena pelancaran jenama Adidas, Beckham dilihat tersenyum melayan kerenah peminat yang mengerumuninya.
Netizen juga tidak melepaskan peluang menzahirkan rasa teruja dengan perwatakan bintang pemain bola sepak itu seperti tidak menua walaupun sudah berusia 49 tahun.
“Sekali David Beckham lalu, lupa dah oppa. Masih kacak lagi ya,” kata Mumtaz.
“Kenapa makin mudah David ni. Helokkk sangat,” kata Alynn.
“Ini ikon saya ni, tiada siapa bagitahu yang David Beckham datang ke Malaysia,” kata Sam.
Difahamkan, sebelum tiba di pusat beli-belah The Exchange TRX bagi pelancaran jenama Adidas, beliau hadir memberi sokongan terhadap pasukan bola sepak kanak-kanak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Oleh kerana itu, ramai juga netizen yang meninggalkan komen berseloroh mengatakan kemungkinan Beckham akan menjadi jurulatih pasukan bola sepak negara.
“Kalaulah David Beckham main dengan pemain AMD,” kata Hadif.
“Terbaik, harap team kelantan akan terus maju dan berjaya bawah pimpinan david beckham,” kata Encik Lunatik.
“Minta Beckham jadi jurulatih bola sepak Malaysia lah,” kata Khayrol. — KL Viral
Baca juga: