TINDAKAN dua anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) memberikan bantuan kepada orang awam yang mengalami kebocoran tayar.
Sikap prihatin dua anggota polis iaitu Sarjan 158785 Azlan Syah Hassan dan Koperal 172038 Khairul Anwar Jamingon mendapat pujian daripada seorang perempuan Cina yang menghadapi masalah kebocoran tayar kereta miliknya.
Teruskan MembacaKejadian dilaporkan terjadi di Jalan Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 1 Februari pada pukul 9.00 malam.
Wanita tersebut amat berterima kasih kepada pihak polis kursusnya kepada Cawangan Kereta Peronda IPD SPU kerana sudi membantunya.
Di samping itu, walaupun hanya sedikit bantuan yang dihulurkan namun cukup besar maknanya kepada wanita tersebut.
Sikap prihatin dan cekap dua anggota polis tersebut bukan sahaj dihargai malah, meraih ribuan ucapan tahniah daripada warganet.
“Pihak PDRM kita memang terbaik, baik hati dan sangat membantu. Terima kasih banyak PDRM,” kata Petrina.
“Sangat bagus tolong rakyat dan jangan pilih bangsa baru tolong,” kata Cheang Yat.
“Alhamdulillah terbaik anggota PDRM Pulau Pinang, memang terbaik,” kata Hatimin.
Jika sekiranya pihak berkuasa menjalankan tugas dengan baik, maka, keselamatan rakyat lebih terjamin dan negara berada dalam keadaan aman sentosa. — KL Viral
Baca juga: