“Bukan untuk tegakkan benang basah…” – Aliff Aziz, Ruhainies bakal beri penjelasan, minta hentikan spekulasi

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz dan Ruhainies bakal memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang melanda mereka terutama selepas insiden ditangkap khalwat pada Sabtu.

Melalui hantaran Instagram Story (IGs), Aliff atau Mohammad Aliff Aziz, 33, mendakwa laporan dia ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditokok tambah dan terlalu banyak spekulasi berbanding cerita sebenar.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?