DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan Tindakan Khas Penjaga Parkir Tanpa Kebenaran di sekitar Jalan Tun Sambathan, Jalan Sri Hartamas, Jalan Beremi, Jalan Tengkat Tong Shin, Jalan Alor dan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.
Menurut DBKL, operasi berkenaan bermula pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir pada pukul 9.30 malam pada Khamis.
Teruskan Membaca“Hasil operasi khas yang dijalankan, DBKL telah menahan seramai tiga orang lelaki warga tempatan, tiga orang warganegara India, seorang warganegara Myanmar dan seorang warganegara Bangladesh.
“Individu yang ditahan dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi (pendakawaan mahkamah/kertas siasatan).
“Hasil dari keputusan Mahkamah Majistret DBKL semasa sesi pendakwaan pada pagi Jumaat, 8 Mac 2024, seorang telah dikenakan hukuman penjara 30 hari, empat (4) orang dikenakan hukuman penjara 14 hari dan tiga (3) orang telah dijatuhi hukuman denda,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari masa ke semasa di lokasi tumpuan.
DBKL turut mengalu-alukan orang ramai jika mempunyai sebarang aduan atau maklumat, boleh salurkan melalui portal ADU@KL. — KL Viral
Baca juga: