JABATAN Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) telah melaksanakan Tindakan Khas Premis Berisiko (Kelab/Premis Hiburan) di Jalan Sungai Besi dan Jalan Metro Pudu, Kuala Lumpur Sabtu.
Dalam pada itu, hasil serbuan dan pemeriksaan bersepadu bersama JKDM dan JIM di 2 buah premis kelab hiburan berkenaan, DBKL mengenakan satu tindakan penutupan (sealed) serta merta.
Teruskan MembacaSelain itu, menyita peralatan terhadap di bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992 termasuk membuka 1 kertas siasatan (IP) di bawah Seksyen 4(1)(b) kerana membuka tempat hiburan tanpa lesen dan satu notis Kaedah 19 iaitu tiada hiburan selain daripada yang dinyatakan dalam lesen hiburan dibawah Kaedah-Kaedah Hiburan (WPKL) 1993.
DBKL turut bertindak menyita 19 pelbagai peralatan ke atas dua buah premis hiburan berkenaan melibatkan pioneer dj spinner, microphone receiver, microphone, speaker, kerusi, meja petak dan lain-lain peralatan.
Difahamkan, kesemua peralatan muzik telah di hantar ke Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharja Kuala Lumpur untuk didokumentasi dan penyimpanan sementara sebelum tindakan lanjut terhadap pemilik premis.
Tindakan penguatkuasaan tersebut akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut siri Tindakan sekitar parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Baca juga: