TINDAKAN angkuh tiga orang warga asing yang enggan membuat bayaran ketika sedang berlibur di sebuah pusat hiburan di Thailand bertukar tragedi setelah diserang oleh pengawal keselamatan di situ.
Video tular berdurasi 2 minit 20 saat yang dimuat naik oleh Malaysia Most Viral di laman X itu dengan kapsyen menyatakan ‘mat saleh’ tersebut dibelasah kerana menyatakan negara tersebut milik mereka.
Teruskan Membaca“Tiga mat saleh kena belasah sampai koma dengan bar guard (pengawal keselamatan) dekat Thailand sebab tak nak bayar pastu siap cakap ‘we own this country‘ (negara ini milik kami). Memang mendapat la,” kata kapsyen tersebut.
Video tersebut turut menunjukkan pertengkaran yang berlaku antara pelancong itu dengan pengawal keselamatan tersebut sebelum mereka diserang hingga mengakibatkan kacau-bilau di kawasan berkenaan.
Suasana di situ juga bertukar menjadi tegang dan hiruk-pikuk dengan jeritan ramai wanita yang berada di kawasan tersebut, menyaksikan kejadian itu berlaku di depan mata mereka.
Kesemua mereka ‘dibelasah’ dengan teruk sehingga dua daripada mereka rebah dan tidak sedarkan diri manakala seorang lagi memilih untuk menyerah diri setelah beberapa individu cuba untuk meredakan keadaan disitu.
Rata-rata warganet menyatakan sokongan terhadap tindakan pengawal keselamatan tersebut yang mengutamakan kedaulatan negara mereka di samping, tidak berkompromi untuk menggunakan kekerasan terhadap bangsa atau kaum lain.
“Mereka memang salah lah cari gaduh dekat tanah terciptanya Muay Thai,” komen Noteworhtytopcs.
“Sememangnya bangsa Eropah sangat angkuh bila berada di negara-negara Asia,” kata Nazimzafri.
“Puas aku tengok. Ingat orang Thailand hadap sangat perangai sangkak (angkuh) engkau tu,” kata Cn_chibi. — KL Viral
Baca juga: