BERANG kerana ditegur muntah dan buang sampah keluar dari tingkap hingga terkena kereta menyebabkan seorang lelaki bertindak luar kawalan dengan mengacukan parang dalam kejadian di Telok Panglima Garang, pada Sabtu
Difahamkan, rakaman yang menunjukkan kejadian itu turut tular di media sosial.
Teruskan MembacaKetua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung pergaduhan menggunakan senjata tajam pukul 10.50 malam.
Menurutnya, polis tiba kira-kira 10 minit kemudian dan menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang sedang memegang parang.
“Semakan mendapati senjata tajam itu ada bersama suspek semasa kejadian. Pada masa sama, seorang lagi lelaki berusia 23 tahun serta dua wanita masing-masing berumur 22 dan 24 tahun turut ditahan di lokasi.
“Hubungan semua individu terbabit adalah rakan,” katanya.
Ahmad Ridhwan berkata, dua lelaki dan dua wanita itu direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 24 September bagi membantu siasatan.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya 1958.
“Polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 52 saat memaparkan seorang lelaki dalam keadaan marah memegang parang ke arah pengguna jalan raya.
Baca juga: