MENGHADAPI situasi di mana kek tempahan tidak memenuhi jangkaan pasti mengecewakan, lebih-lebih lagi jika rupa dan kualitinya berbeza jauh dari apa yang diinginkan.
Sebagai pelanggan, kita tentunya mengharapkan hasil yang bukan saja cantik tetapi sesuai dengan tema dan majlis yang bakal diraikan.
Teruskan MembacaPerkara yang sama berlaku menerusi gambar tular hasil perkongsian seorang pekerja bank yang menempah sebuah kek bersempena dengan hari perkhidmatan pelanggan di tempat kerjanya.
Namun, dia kecewa dengan hasil kek yang ditempahnya kerana indah khabar daripada rupa kek tersebut kelihatan lain dari yang diharapkan olehnya, meskipun diafahamkan rasa kek tersebut enak.
“Rasa dia sedap, premium cheese bahan kek memang mahal tapi decoration memang out,” luahnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa tidak puas hati setelah melihat hasil kek tersebut yang jauh dari jangkaan.
“Yang direquest kek fondant, yang dapat kek cream biasa,” komen ReenHaizer.
“Dah la letak belon senget, pacak banyak-banyak macam tu pulak. Buat kerja cincai betul,” ujar AwatifWadhihah.
Situasi sebegini mengingatkan kita bahawa kepuasan pelanggan bukan hanya bergantung pada rasa, tetapi juga penampilan dan ketelitian dalam memenuhi kehendak pelanggan maka penjual perlu menghasilkan kualiti yang selari dengan permintaan, terutamanya untuk momen istimewa yang diraikan. — KL Viral