Bapa Zayn Rayyan Dibebaskan, Ibu Diperintah Bela Diri

Mahkamah Sesyen hari ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Zaim Ikhwan Zahari, bapa kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, daripada pertuduhan mengabaikan anaknya yang merupakan kanak-kanak autistik dua tahun lalu. Sebaliknya, isterinya, Ismanira Abdul Manaf, diarahkan untuk membela diri selepas mahkamah mendapati wujud kes prima facie terhadapnya.

Keputusan itu diumumkan oleh Hakim Syahliza Warnoh selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan, serta mengambil kira keterangan daripada 28 orang saksi sepanjang perbicaraan.

Teruskan Membaca

Lagi Topik Menarik

Apa Yang Viral?