Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol, mencuri perhatian ramai apabila tindakannya yang dianggap sebagai lambang kesetiaan terhadap kekasihnya, seorang model dari Malaysia iaitu Ameera Khan, menjadi tular.
Menerusi sebuah video yang meraih perhatian di TikTok, Jefri dilihat mengambil keputusan untuk berhenti mengikuti semua wanita di Instagram, kecuali rakan sekerja seniornya. Menurut Jefri, tindakan itu dilakukan sebagai tanda menghormati perasaan Ameera yang menyedari perubahan tersebut.
Teruskan MembacaSambil tersenyum ketika ditemu bual, Jefri menjelaskan bahawa tindakannya bukan sekadar simbolik, tetapi sebagai bukti komitmen sebenar dalam menjayakan hubungan jarak jauh mereka:
“Dia (Ameera) tahu saya unfollow semua kecuali kerja. Itu cara saya hormat perasaan dia,” jelasnya.
Walaupun kelihatan sebagai perkara kecil, ramai peminat menyambut baik langkah tersebut dan menyifatkannya sebagai tindakan yang ikhlas serta mencerminkan keseriusan Jefri dalam menjaga hubungan cintanya bersama Ameera.