PETALING JAYA – Masih ingat pengalaman rider tak jumpa rumah? Atau barang courier sesat entah ke mana? Berita baik – Malaysia bakal laksana Sistem Alamat Nasional (NAS) untuk selesaikan masalah ni secara menyeluruh!
Hari ini, Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil merasmikan Persidangan Alamat Nasional 2025, langkah penting ke arah pelaksanaan NAS yang lebih tersusun dan moden.
💡 Apa itu NAS?
NAS ialah sistem baru yang akan menyatukan semua data alamat di seluruh negara – dari rumah kampung sampai pejabat pencakar langit. Sekarang ada lebih 12 juta alamat, tapi tiada satu pangkalan data yang seragam. Patutlah banyak isu!
Dengan NAS, banyak benda akan jadi lebih senang dan cepat:
✅ Penghantaran barang tepat & efisien
✅ Respon kecemasan lebih pantas
✅ Perancangan bandar & dasar lebih teratur
✅ Kurang bergantung pada teknologi luar
✅ Sokong pembangunan bandar pintar & logistik moden
Persidangan anjuran MCMC ni juga jadi platform gabung idea dari kerajaan, industri, akademia dan rakyat – semua nak cari jalan untuk sistem alamat yang lebih canggih dan mesra digital.
Kata MCMC: “NAS akan lonjakkan ekonomi digital, mudahkan e-dagang dan perkhidmatan kurier dengan penggunaan koordinat yang tepat.”
Sistem ni bukan je bantu bisnes, tapi juga mudahkan hidup rakyat. Tak ada lagi alasan “alamat tak jumpa”, insya-Allah!