GENEVA: Malaysia terus mengharumkan nama di pentas dunia apabila Projek Inklusif Digital NADI Malaysia diumum JUARA WSIS Prize 2025 untuk kategori Capacity Building!
Anugerah berprestij anjuran @ITU dan agensi-agensi PBB itu disampaikan kepada YB Fahmi Fadzil sendiri dalam satu majlis rasmi di Geneva, Switzerland.
Teruskan MembacaApa yang buat dunia kagum?
👉 Projek NADI berjaya mengubah kehidupan komuniti di Pulau Banggi, Sabah — satu kawasan terpencil yang dahulunya terpinggir dari arus digital.
Sekarang?
✅ Ada internet laju
✅ Rakyat tempatan diajar kemahiran digital
✅ Nelayan & wanita tempatan jana pendapatan online
✅ Pelajar boleh akses pembelajaran digital
Dan yang paling hebat… ini semua hasil komitmen Malaysia melalui pelan JENDELA, demi pastikan tiada siapa tertinggal dalam transformasi digital.
🎙️ “Kemenangan ini milik rakyat – khususnya komuniti yang bangkit melalui kemahiran digital,” – @fahmifadzil
Projek NADI kini diperluaskan ke Pulau Mandi Darah, dan bakal meliputi seluruh negara menjelang 2035.
Oh ya — satu lagi projek Malaysia turut menang!
📶 Projek Stingray II di Pulau Ketam pula menang kategori ICT Infrastructure lepas berjaya pasang kabel gentian optik bawah laut sepanjang 46.4 KM!
Dua kemenangan, satu mesej jelas — Malaysia serius dalam kesaksamaan digital, terutama untuk rakyat luar bandar & pedalaman.