Bayangkan hidup sebatang kara, rumah hangus dijilat api, kaki pula hanya tinggal satu…
Itulah realiti hidup Abang Jefree, lelaki tabah yang videonya kini tular di media sosial dan mencuri hati ribuan netizen.
Teruskan MembacaDalam video yang dimuat naik oleh pengguna thread, Hilmi Mokhtar, kelihatan seorang lelaki menghampiri Jefree yang duduk sendirian di tepi jalan. Bila diajak makan, jawapan Jefree buat ramai terdiam:
“Saya kotor bang, nanti kotor kereta.”
Sopan. Merendah diri. Tapi hati siapa tak luluh?
Lebih menyentuh hati, Jefree sebenarnya berkaki sebelah, bertongkat, tapi tetap memilih untuk berdikari walau hidup serba kekurangan.
Akhirnya, selepas dipujuk, Jefree setuju untuk dibawa beli makan. Dalam perbualan ringkas tu, dia buka kisah hidup yang buat ramai sebak:
“Rumah terbakar…”
“Tak ada bapa…”
“Saya tinggal sorang…”
“Kadang makan roti je, tunggu esok baru makan.”
—
Netizen: “Kat mana abang ni? Saya nak tolong!”
Tak sampai sejam, ruang komen penuh dengan ucapan doa, tawaran bantuan dan air mata.
💬 “Saya nangis tengok video ni. Satu kaki je, tapi tetap sopan, tetap senyum, tetap ucap terima kasih.”
💬 “Saya ada perabot lebih, baju anak lelaki pun banyak. Kat mana nak hantar ni?”
💬 “Kalau ada nombor abang ni, tolong share. Saya nak hulur sikit.”
—
Bukan Sekadar Tular, Ini Realiti
Kisah Jefree bukan cerita sedih untuk views. Ini kenyataan hidup yang ramai tak nampak — orang yang diuji, tapi tetap kuat, tetap ada adab, tetap ucap syukur.
Kadang kita fikir ajak orang makan tu benda kecil. Tapi untuk mereka yang tak makan sejak semalam, itu mungkin doa yang termakbul.