Sudah sedia maklum, hubungan antara pelakon Fattah Amin dan Amira Othman sering menjadi perhatian warganet, dan dapat dilihat bahawa peminat berharap agar hubungan itu berakhir ke jenjang pelamin.
Namun begitu, kedua-dua pihak tidak pernah membuat sebarang pengumuman bahawa hubungan mereka serius, dan Fattah juga menegaskan bahawa mereka hanyalah rakan sekerja.
Teruskan Membaca
Adakah Amira Othman tahu kata laluan telefon bimbit Fattah Amin?
Terbaharu, melalui platform TikTok, tular satu video yang memaparkan Amira Othman dikatakan mengetahui kata laluan telefon milik aktor itu.
Kejadian itu disedari peminat ketika penyanyi dan pelakon terbabit melakukan siaran langsung di platform TikTok.
Difahamkan, Amira dilihat meminta telefon daripada Fattah Amin kerana ingin mencari lagu, dan secara spontan memasukkan kata laluan pada telefon pintar tersebut.
“Tak mungkinlah cuma rakan sekerja…”
Disebabkan video itu telah tular, ramai meluahkan rasa terkejut serta yakin bahawa mereka sedang menjalin hubungan yang lebih serius, kerana tidak mungkin rakan sekerja mengetahui kata laluan telefon pintar yang dianggap sebagai sesuatu yang peribadi.