Tragedi di Plaza Tol Bukit Kajang pada pagi Sabtu lalu meninggalkan memori pahit yang masih terngiang buat siapa saja yang berada di situ. Salah seorang saksi awal, Ridhwan Mohamad, tidak dapat menahan air mata ketika mengimbau kembali detik hitam itu.
Teruskan MembacaRidhwan yang kebetulan dalam perjalanan menghantar anak buah ke UiTM Shah Alam ketika kejadian berkata, dia segera memberhentikan kereta sebaik menyedari kemalangan berlaku, dan terus membantu sebaik mungkin.
“Aku hantar anak buah, tiba-tiba ada bunyi dentuman, bila tengok.. ada kereta berlanggar,” kata Ridhwan ketika menceritakan kembali suasana di lokasi kejadian.
Dia terus menghampiri dua mangsa lelaki yang terbaring, membantu mereka menghubungi keluarga masing-masing, dan kemudian mendekati ibu kepada bayi malang itu. Saat itulah suasana paling memilukan berlaku: ibu tersebut menangis dan meraung, bertanya keadaan anaknya. Ridhwan menyebut bahawa wanita itu memeluk bayi yang sudah tidak bernyawa, sementara dia sendiri merasa amat berat untuk memberitahu berita duka kepada ahli keluarga yang berada jauh.
Video rakaman tragedi itu bagaimanapun telah tular telah ditonton lebih 1.2 juta kali dan ruangan komen dipenuhi ucapan takziah serta simpati netizen.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 11 pagi itu dikatakan melibatkan sebuah lori muatan barangan lusuh, sebuah Nissan X-Trail milik JKR, Honda City dan Proton X70.
Ketua Polis Daerah Kajang, yang menyiasat kes tersebut, berkata punca kemalangan dipercayai berkaitan masalah brek lori yang gagal dikawal di lorong ke-8 dan ke-9 plaza tol.