PUTRAJAYA: Hari pertama pelaksanaan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) semalam benar-benar mencatatkan sambutan luar biasa. Sehingga jam 9.30 malam, lebih 850,000 penerima sudah membelanjakan lebih RM50 juta.
Teruskan MembacaNamun, Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan lonjakan mendadak itu menyebabkan sistem pembayaran melalui rangkaian MyKasih jadi perlahan di beberapa lokasi.
“Semua transaksi tetap berjaya diproses walaupun sistem sedikit perlahan. Kapasiti sistem juga telah ditingkatkan supaya bermula 1 September, urusan pembelian SARA lebih lancar tanpa gangguan,” kata MoF dalam kenyataan.
MyKasih pula mengesahkan kerja penyelenggaraan segera sedang dilakukan bagi memastikan sistem kembali stabil sepenuhnya.
Dalam masa sama, MoF memohon maaf atas kesulitan yang dialami penerima dan menegaskan pemantauan rapi akan diteruskan.
Untuk rekod, purata transaksi harian SARA sekitar 600,000, tetapi angka semalam melonjak jauh lebih tinggi daripada biasa.
Kementerian turut mengingatkan kredit RM100 one-off SARA boleh digunakan sehingga 31 Disember 2025 di lebih 7,300 premis runcit berdaftar di seluruh negara.