Seorang penyampai radio wanita daripada stesen IKIM FM menjadi perhatian dan menerima kritikan hebat daripada netizen susulan penampilannya yang dianggap tidak sesuai.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik baru-baru ini, penyampai tersebut kelihatan bergaya di sebuah gelanggang sukan ‘pickleball’. Namun, cara pemakaiannya telah mencetuskan reaksi negatif, dengan ramai mempersoalkan tahap pematuhan terhadap etika berpakaian yang sepatutnya dijaga, terutama bagi individu yang terlibat dengan stesen berimej Islam.
Teruskan MembacaLebih-lebih lagi, IKIM FM dikenali sebagai stesen radio berkonsepkan Islam dan sering dilabel sebagai platform media untuk komuniti Muslim di Malaysia, menjadikan isu ini lebih sensitif dalam kalangan pendengar dan masyarakat umum.