Siapa sangka nasi berlauk dari Kak Chik di Kampung Berangan, Tumpat, Kelantan kini jadi fenomena? Kisahnya bukan setakat viral kat Malaysia, tapi ada peminat sampai bawa nasi Kak Chik hingga ke Makkah!
Teruskan MembacaKedai Kak Chik yang diasaskan oleh Che Halimah Che Ahmad terkenal dengan lauk-lauk tradisional yang sedap gila, gulai tongkol, kerutuk, ayam goreng dan banyak lagi. Resipi diwarisi dari rakan lama, dan cara masaknya memang lain daripada yang lain, sampai rasa lauk tu penuh ‘kick’ bila dimakan bersama nasi panas.
Apa yang buat ramai teruja, Kak Chik dah mula hantar nasi berlauk ke luar Kelantan, termasuk ke Lembah Klang, dengan menggunakan kapal terbang. Bukan itu saja, sijil halal juga ada, jadi pelanggan pun rasa lebih yakin untuk order jauh-jauh.
Kak Chik sendiri kata, perjalanan bisnes ni memang susah dulu, tapi sekarang nampak hasil bila orang ramai hargai usaha dan citarasa beliau. Netizen pun ramai yang puji dan kagum dengan pencapaian seorang ibu usahawan dari kampung kecil yang berjaya bawa nasi tradisional ke peringkat lebih luas.
Kalau korang belum cuba, memang rugi! Siapa tahu, sekali makan, terus jatuh cinta macam peminat yang sanggup bawak nasi Kak Chik sampai Makkah.
















