Keadaan banjir di beberapa negeri masih belum reda apabila hampir 2,000 penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Teruskan MembacaMenurut kemas kini terkini Pusat Kawalan Bencana Negara setakat jam 7 pagi, seramai 1,783 mangsa daripada 619 keluarga kini ditempatkan di 12 PPS yang dibuka di lima daerah terjejas.
Sarawak menjadi negeri paling teruk terjejas dengan 1,450 mangsa dipindahkan ke 10 PPS melibatkan tiga daerah. Sabah pula merekodkan 308 mangsa di satu daerah, manakala Johor mencatatkan 25 mangsa yang kini berlindung di sebuah PPS.
Walaupun jumlah mangsa terus meningkat, setakat ini tiada kematian dilaporkan akibat banjir di ketiga-tiga negeri berkenaan.
Bagaimanapun, secara keseluruhan, empat kes kematian dilaporkan di seluruh negara susulan bencana banjir yang melanda sejak kebelakangan ini.
Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memantau keadaan cuaca semasa dan segera mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.
















