Kisah seorang gadis yang meminta bantuan untuk menyunting gambarnya bersama arwah ayah benar-benar menyentuh hati ramai netizen di media sosial.
Teruskan MembacaDifahamkan, gadis berkenaan sudah kehilangan ayah tersayang dan tidak mempunyai gambar kenangan bersama insan tersebut, lagi lagi kenangan apabila dia sudah tamat pengajiannya. Disebabkan itu, dia tampil membuat permintaan ringkas tetapi penuh makna, sekadar ingin ‘disatukan’ dalam sekeping gambar, walaupun hanya melalui suntingan.

Perkongsian itu pantas mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya tidak dapat menahan sebak. Ramai mengakui permintaan tersebut kelihatan kecil, namun sarat dengan rasa rindu yang mendalam terhadap seorang ayah.
Di ruangan komen, netizen turut berkongsi kisah kehilangan masing-masing, ada yang pernah berada dalam situasi sama, dan ada juga yang mengingatkan orang ramai supaya lebih menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.
Tidak kurang juga yang memuji keikhlasan gadis tersebut, menyifatkan permintaannya sebagai sesuatu yang sangat tulus dan menyentuh perasaan, tanpa sebarang niat meraih simpati.
Kisah ini secara tidak langsung menjadi peringatan buat ramai bahawa kenangan bersama insan tersayang adalah sesuatu yang sangat berharga, dan apabila mereka sudah tiada, rindu itu selalunya hadir dalam perkara-perkara kecil yang tidak disangka.
Satu perkongsian ringkas, tetapi cukup untuk membuat ramai berhenti seketika dan mengalirkan air mata.
















