Video lama Khairul Aming yang menari semasa zaman belajar tiba-tiba kembali tular, dan KA tak lepaskan peluang untuk kongsi cerita sebenar di sebalik aksi “low posture squat” dia tu.
Teruskan MembacaDalam sesi live di TikTok, Khairul Aming jelaskan, walaupun nampak senang, tarian itu sebenarnya perlukan latihan fizikal gila-gila. Dia cerita dia pernah pergi gym dua jam sehari, lepas tu berenang satu jam, workout setiap hari semata-mata nak make sure gerakan tu perfect.
“Time tu peha aku sampai cramp seminggu. Sekarang dah tak mampu buat macam dulu. Tapi masa tu memang puas hati sebab berjaya buat gerakan tu berjam-jam,” selorohnya.
Tapi bukan sekadar tentang tarian, pengalaman dia memimpin kumpulan kecil masa belajar juga banyak bantu skill kepimpinan yang digunakan hari ini. Dari memimpin tim koreografi kecil, sekarang Khairul Aming mengurus hampir 200 staf di kilang dan bisnes sendiri.
Dia pesan dekat pelajar, jangan takut nak aktif, cuba semua benda yang boleh tambah pengalaman. Volunteer, anjur food festival, belajar berniaga, nak jadi koreografer pun buat je. Semua tu boleh bentuk skill leadership walaupun nampak macam “cringe” atau bodoh masa muda.
Kesimpulannya, Khairul Aming buktikan bahawa aktif semasa belajar bukan sekadar seronok-seronok, kerana ia boleh buka peluang, bentuk keyakinan, dan jadi modal besar untuk masa depan. Jadi, jangan takut nak cuba perkara baru, belajar sambil aktif, dan paling penting, enjoy the journey!
















