Tahniah diucapkan kepada bintang Hollywood, Anne Hathaway yang mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga pada usia 43 tahun.
Pelakon terkenal menerusi filem The Princess Diaries itu berkongsi berita gembira tersebut selepas menyedari foto terkininya mula menjadi perhatian ramai apabila dirakam paparazi ketika berada di tempat awam.
Teruskan MembacaMenerusi perkongsian di media sosial, Hathaway dilihat mempamerkan baby bump yang semakin jelas dan mengakui dia memilih untuk berkongsi berita itu sendiri sebelum ia tersebar lebih meluas.
Menurut Anne, dia merasakan sudah tiba masanya untuk membuat pengumuman tersebut kerana ramai yang mula menyedari perubahan pada dirinya.
“Saya fikir jika orang akan tahu mengenainya, lebih baik berita itu datang daripada saya sendiri,” katanya.
Anne yang mendirikan rumah tangga bersama Adam Shulman sebelum ini turut menjelaskan bahawa dia mahu berkongsi momen istimewa itu dengan cara yang lebih peribadi dan bermakna.
Jika semuanya berjalan lancar, kehadiran cahaya mata ketiga itu bakal melengkapkan lagi keluarga kecil mereka yang kini mempunyai dua anak lelaki iaitu Jonathan, 10, dan Jack, 8 tahun.
Berita kehamilan ini turut menggembirakan peminat di seluruh dunia, lebih-lebih lagi selepas Anne pernah melalui pengalaman keguguran yang dikongsikannya beberapa tahun lalu.
Ramai peminat membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar segala urusan kehamilan aktres kesayangan ramai itu dipermudahkan.
















