SEPANG- Selepas 11 tahun jadi ‘rakyat Malaysia’, pasangan panda gergasi kesayangan ramai – Fu Wa dan Feng Yi – akhirnya balik kampung ke China
Pasangan comel ni tiba kat Malaysia pada Mei 2014 bawah Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Panda Gergasi antara Malaysia dan China. Sepanjang kat sini, bukan main lagi mereka ‘beranak-pinak’ – 3 anak panda lahir hasil cinta Malaysia: Nuan Nuan, Yi Yi, dan Sheng Yi. Semua anak tu dah balik dulu awal-awal.
Teruskan MembacaMenurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, penghantaran pulang ini ikut perjanjian yang dah dimeterai sejak 2012. Tapi jangan sedih sangat geng, sebab Malaysia bakal terima pasangan panda baru tahun ni! (Ya, panda baru guys!)
Menteri siap kata, kerjasama ni lambang persahabatan Malaysia-China dan bantu dalam usaha kelestarian alam sekitar – selari dengan semangat Malaysia MADANI.
So, selamat jalan Fu Wa & Feng Yi! Terima kasih sebab jadi sebahagian daripada memori rakyat Malaysia. Jumpa panda baru nanti ya!