KUALA LUMPUR: Siapa sangka, pendekatan “senyap” dan penuh diplomasi yang diambil Malaysia dalam menangani krisis Myanmar akhirnya membuahkan hasil!
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kejayaan besar ini ketika berucap dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Teruskan MembacaBeliau memaklumkan bahawa penubuhan Kumpulan Penasihat Tidak Formal yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Thailand, Dr Thaksin Shinawatra, menjadi kunci kepada kemajuan yang dicapai.
Menariknya, mesyuarat penting kumpulan ini telah pun berlangsung di Brunei bersama Sultan Brunei, dan kemudiannya diteruskan di Bangkok.
Hasilnya? Langkah besar dalam menyelesaikan konflik yang telah sekian lama membelenggu Myanmar!
“Langkah yang diambil mungkin kecil, dan jalinannya masih rapuh. Tapi dalam hal keamanan, jambatan yang rapuh jauh lebih baik daripada jurang yang makin melebar,” kata Anwar dengan penuh makna.
Dalam nada tegas, Anwar juga menekankan betapa pentingnya ASEAN kekal bergantung pada sistem antarabangsa yang terbuka dan berteraskan peraturan untuk terus maju dan kekal stabil.
Dengan tema “Keterangkuman dan Kemampanan”, Sidang Kemuncak ASEAN kali ini menyaksikan perbincangan high-level melibatkan pemimpin rantau ini, kecuali Myanmar dan Timor Leste yang hadir sebagai pemerhati.
Topik-topik panas lain seperti perdagangan, pelaburan, keselamatan maritim, perubahan iklim dan ekonomi digital turut jadi fokus utama.
Kesimpulan, diam-diam, Malaysia berjaya buktikan kekuatan diplomasi boleh jadi ‘game changer’ dalam isu serantau. Bravo!
















