
PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) tampil beri penjelasan padu selepas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mendakwa kerajaan ‘intip besar-besaran’ rakyat melalui inisiatif Mobiliti Penduduk Digital (MPD).
MCMC nafi keras dakwaan tu dan jelaskan bahawa projek MPD langsung tak kumpul data peribadi individu.
Teruskan MembacaData yang digunakan hanyalah secara agregat, maknanya dah nyah identiti dan tak boleh jejak siapa-siapa pun.
“Tak ada data pengguna diserahkan ke pihak luar, tak ada intipan.
“Data tu bukan data mentah, dah diproses dan dinyah identiti siap-siap oleh syarikat telco,” jelas Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MCMC, Zurkarnain Mohd Yasin.
Beliau turut kata MPD ni bukan kerja suka-suka, tapi satu inisiatif penting untuk bantu perancangan negara guna data besar (big data).
Malah, projek ini diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Malaysia pun tersenarai bersama negara besar lain macam Jepun, Mexico dan Arab Saudi.
Zurkarnain juga tegaskan, tuduhan liar macam ni hanya akan kelirukan orang ramai dan lemahkan usaha negara dalam bangunkan sistem data yang tepat dan berkualiti.
“Data yang tepat bantu dasar kerajaan jadi lebih mantap dan tingkatkan servis kepada rakyat,” katanya.
MPD ni sebenarnya baru je bermula dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan adakan sesi penerangan kepada pihak berkepentingan supaya semua jelas.
Jadi, kepada yang cepat melatah tu, simpan dulu teori konspirasi, dengar dulu penjelasan pakar. Bukan semua benda nak dijadikan modal politik