Penyanyi terkenal, Shila Amzah, meluahkan rasa penghargaan yang mendalam kepada suaminya, Ubai MZ, atas kasih sayang dan keikhlasan yang ditunjukkan sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Shila menyatakan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang bukan sahaja penyayang, malah sentiasa membimbingnya ke arah kehidupan yang lebih baik.
Teruskan MembacaLebih menyentuh perasaan, Shila turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Ubai kerana menerima dan menyayangi anak lelakinya, Seth Uwais hasil daripada perkahwinan terdahulu seperti anak kandung sendiri. Beliau meluahkan rasa terharu kerana pada masa kini, amat jarang ditemui individu yang mampu menerima anak tiri dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang.
Dalam perkongsian tersebut, Shila turut menekankan bahawa sikap saling menghormati antara satu sama lain merupakan asas utama yang mengukuhkan hubungan rumah tangga mereka.
Sebagai makluman, pasangan selebriti ini telah melangsungkan perkahwinan pada 5 Ogos 2023, dan kini bahagia bersama seorang anak perempuan mereka, Rhea Akira.