Anak gadis usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah atau lebih mesra dipanggil Cess, baru-baru ni berjaya buat netizen ternganga lepas ‘berjaya’ pau ayah dia seutas jam tangan mewah Cartier yang dikatakan bernilai sekitar RM30,000. Yes, tiga puluh ribu, you guys!
Semuanya bermula bila Cess muat naik satu video dekat TikTok, tanya netizen:
Teruskan Membaca“Korang rasa abah bagi tak kita beli jam Cartier? Nanti saya pau, berjaya ke tak pau ayah saya…”
Fuh confident betul Cess ni! Dan guess what, misi pau berjaya!
Dalam video susulan, Cess buat unboxing jam Cartier tu sambil senyum lebar. Walaupun dia tak reveal harga sebenar, netizen cepat je buat homework dan terus terkejut. Katanya jam tu memang jenis puluh ribu punya level. Big flex incoming!
Tapi bukan setakat tayang jam je, netizen ramai puji Cess sebab dia memang rajin tolong parents dia berniaga, siap buat live jualan hampir tiap-tiap hari dengan abang dia, Ammar Ahyan. So ramai yang kata dia memang layak dapat hadiah macam tu.
Dalam video terakhir tu, Cess siap tunjuk jam tu bila dah sarung kat tangan, dan sempat ucap terima kasih kat mak ayah serta semua follower yang sokong bisnes mereka.
“Terima kasih semua yang selalu support kami!” – Cess
Yang penting, vibes Cess ni tak sombong, just enjoy momen dia dengan cara yang cute dan happy tu yang buat ramai makin suka.
So, korang team “boleh je bagi, dia pun tolong berniaga” ke, atau team “30K jam wehh, biar betul”?
















