Pelakon terkenal, Diana Danielle, mendedahkan bahawa beliau memilih untuk tidak lagi berhubung dengan bekas suaminya, pelakon Farid Kamil, sejak mereka sah bercerai.
Menurut Diana, keputusan tersebut dibuat bagi menjaga kestabilan emosi serta memberi ruang untuk menyesuaikan diri dengan fasa kehidupan baharu sebagai ibu tunggal.
Teruskan Membaca“Perceraian ini masih baharu, jadi saya perlukan masa. Fokus saya sekarang ialah anak-anak,” ujarnya kepada pihak media.
Diana turut memaklumkan bahawa beliau lebih selesa sekiranya Farid berkomunikasi secara langsung dengan anak-anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, tanpa melibatkan dirinya. Hal ini bertujuan mengelakkan sebarang salah faham atau tanggapan bahawa beliau cuba mempengaruhi hubungan antara anak-anak dan bapa mereka.
“Dia boleh terus tanya anak-anak kalau nak buat sesuatu bersama. Saya tak pernah sekat masa perjumpaan,” tambahnya.
Mengulas mengenai kenyataannya dalam sebuah podcast yang turut menarik perhatian ramai, Diana menjelaskan bahawa beliau hanya berkongsi kisah hidup sebagai anak seni. Katanya, tiada niat untuk mengungkit kisah lama, sebaliknya beliau mahu terus melangkah ke hadapan serta memberi tumpuan kepada kerjaya dan keluarga.