PUTRAJAYA: Dalam usaha memacu pembangunan insan yang seimbang antara ilmu agama dan kemahiran teknikal, kerajaan MADANI akan memperluaskan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada pelajar tahfiz.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada pendekatan inklusif kerajaan untuk memastikan pelajar tahfiz juga berpeluang mendapat kemahiran yang selari dengan keperluan industri semasa.
Teruskan Membaca“TVET kini turut dibuka kepada pelajar tahfiz untuk lahirkan huffaz teknokrat MADANI bukan saja ada ilmu agama, tapi juga pakar dalam bidang teknikal,” kata Anwar semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen hari ini.
Kerajaan juga akan rombak strategi TVET dengan fokus kepada sektor berimpak tinggi dan berasaskan teknologi moden contohnya di kawasan perindustrian strategik macam JS-SEZ, KIGIP dan KHTP.
Dalam tempoh RMK13, kerajaan menyasarkan 1.2 juta peluang pekerjaan baharu termasuk 700,000 dalam sektor pembuatan dan 500,000 dalam ekonomi digital.
Nak tarik lebih ramai belia masuk bidang ni, beberapa skim khas bakal diperkenalkan, seperti Skim Pembiayaan Perkasa TVET Madani dan Dana Latihan TVET.
Kerajaan juga optimis untuk bawa Malaysia masuk senarai 20 negara terbaik dalam Indeks Inovasi Global menjelang 2030, satu langkah penting ke arah negara yang lebih maju dari segi teknologi dan ekonomi berasaskan ilmu.















