KOTA BHARU: Pelawak terkenal, Mohamad Amirullah Azmi, 36, atau Amir Raja Lawak, tak sangka impiannya nak jumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya tercapai.
Teruskan MembacaLebih istimewa, lawatan mengejut ke gerai makan miliknya di Medan Selera Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu lalu itu turut disertai Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Amir kata, posting di Facebook sebelum ini sekadar gurauan saja, sebab dia tahu kesibukan PM yang datang ke Kelantan untuk Program Madani Rakyat.
“Alhamdulillah, tak sangka beliau singgah. Ingatkan PM sahaja, rupa-rupanya Menteri Besar pun ada sekali,” katanya.
Amir terharu bila Anwar tahu kisah hidupnya. Malah, kedua-dua pemimpin itu siap beri kata semangat dan sumbangan tunai.
Berkongsi tentang tuntutan gaji tertunggak RM18,000, Amir jelaskan duit itu bukan untuk berseronok, tapi untuk biaya rawatan bapanya, Azmi Deris, 60-an, yang menghidap kanser usus tahap empat.
Katanya, walaupun ada yang cadang buka tabung sumbangan, dia tetap pilih untuk kerja cari rezeki dan tuntut hak sendiri.
“Saya lelaki, ada tenaga dan mahu bantu keluarga,” ujarnya.
Difahamkan, bapanya sepatutnya jalani pembedahan kedua pada Sabtu, namun Amir masih menunggu perkembangan terkini tentang kesihatan orang tuanya.