Pelakon Datin Paduka Eina Azman memilih untuk tidak melatah apabila menerima pelbagai kritikan daripada netizen yang mendakwa wajahnya kini kelihatan berbeza dan pelik berbanding dahulu.
Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 30, menegaskan kebahagiaan hidupnya bersama keluarga jauh lebih penting daripada memenuhi pandangan orang luar.
Teruskan Membaca“Saya tidak pernah minta pandangan sesiapa tentang wajah saya. Saya gembira dengan kehidupan saya. Saya tidak kisah kalau orang nak kata saya kurus macam Popeye, rambut hitam macam pontianak… saya okay saja.
“Yang penting keluarga saya gembira dan orang-orang yang saya sayang ada bersama saya,” katanya.
Tambah Eina, komen negatif yang dilemparkan tidak sedikit pun menjejaskan dirinya. Malah, dia dan suami, Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet, hanya menjadikan komen itu sebagai bahan gurauan.
“Saya tidak marah, hanya mampu ketawa. Suka hati koranglah. Ada yang kata saya pakai filter, pertikai bentuk mata, hidung dan kening.
“ Apa masalahnya? Kalau gemuk salah, hitam salah, berjerawat salah. Kalau kurus dan putih pun salah juga kan?” katanya lagi.
Sebelum ini, Eina menerima kecaman ketika membuat siaran langsung bersama suami apabila netizen secara terbuka mempersoalkan penampilan wajahnya yang dianggap berbeza.
Namun, jelas Eina, selagi dia bahagia dengan keluarga, pandangan orang luar bukan sesuatu yang perlu dirisaukan