SEPANG: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) cedera bila bot operasi mereka dirempuh bot pancung yang disyaki bawa Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di perairan Tanjung Rhu, kelmarin.
Teruskan MembacaMenurut Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin Zakaria, bot pancung itu dikesan melalui Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut sekitar jam 8 malam berhampiran Skim Pemisahan Trafik (TSS).
Katanya, aset ronda APMM yang tengah buat Op Patkor Optima terus digerakkan untuk memintas. Tapi bot pancung dengan tiga enjin berkuasa tinggi itu bertindak agresif dan merempuh sisi kiri bot operasi sebelum sempat meloloskan diri.
Dalam insiden tu, seorang anggota cedera di hidung manakala seorang lagi cedera di kaki dan tangan akibat hentakan. Dua-dua dibawa ke Hospital Port Dickson dan kini dilaporkan stabil.
Salehuddin berkata, bot pancung terbabit dipercayai berpatah balik ke perairan antarabangsa selepas gagal mendarat. Pihak APMM kini tengah jalankan operasi pengesanan untuk kesan suspek dan sindiket penyeludupan yang terlibat.
“Kes penyeludupan manusia ni bukan saja bahaya untuk keselamatan negara, tapi juga boleh ancam nyawa PATI sendiri dan anggota penguat kuasa yang bertugas,” tegasnya.
Beliau juga menekankan, Maritim Malaysia tak akan berkompromi dengan mana-mana sindiket jenayah rentas sempadan, terutama yang semakin berani mencabar undang-undang.
Insiden ni sekali lagi tunjukkan betapa tinggi risiko yang dihadapi anggota maritim, sebab mereka bukan saja kena berdepan cuaca laut, tapi juga ancaman bot laju yang sanggup rempuh demi loloskan diri.