Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia selepas menerima hukuman gantung daripada FIFA.
Teruskan MembacaMFL dalam kenyataan memaklumkan, mereka menerima makluman rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung penggantungan 12 bulan yang dikenakan FIFA terhadap tujuh pemain warisan, termasuk tiga tonggak JDT tersebut.
“Dengan keputusan itu, tiga pemain terbabit tidak boleh diturunkan dalam mana-mana perlawanan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan. Tindakan lanjut hanya akan diputuskan selepas keputusan rayuan FAM diumumkan oleh FIFA,” jelas MFL.
Selain penggantungan, setiap pemain juga dikenakan denda CHF2,000 (lebih kurang RM10,000), manakala FAM pula diarahkan membayar denda CHF350,000 (anggaran RM1.8 juta).