KUALA LUMPUR, 30 Sept — Penyanyi kumpulan popular Dolla, Sabronzo, mengesahkan bahawa beliau kini sah bergelar isteri kepada DJ terkenal antarabangsa, Dash Berlin.
Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli berkongsi berita gembira itu menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Instagram peribadinya pada Isnin. Meskipun tiada kenyataan rasmi disertakan bersama hantaran tersebut, penggunaan emoji cincin dan hati sudah cukup menguatkan spekulasi mengenai perkahwinan mereka yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Teruskan MembacaRuangan komen hantaran berkenaan turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada para peminat serta rakan-rakan artis yang menyambut baik perkhabaran tersebut.
Terdahulu, beberapa keping foto perkahwinan seorang wanita mirip Sabronzo telah tular di media sosial. Menerusi gambar berkenaan, wanita itu kelihatan anggun mengenakan busana pengantin berwarna putih dalam sebuah majlis berkonsepkan ala barat, sambil tersenyum di sisi pasangannya yang dipercayai Dash Berlin.