KUALA LUMPUR: Hari kedua Himpunan Global Sumud Flotilla terus menggegarkan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat, meskipun hujan turun agak lebat.
Selepas menunaikan solat Jumaat di Bangunan Tabung Haji, ribuan peserta berarak menuju ke kedutaan sambil melaungkan slogan seperti “Bebas Palestin” dan “Bebaskan Sukarelawan Malaysia”. Semangat mereka tidak luntur walau basah kuyup.
Teruskan MembacaPerhimpunan berlangsung aman dengan ucapan daripada beberapa tokoh pembangkang antaranya Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi, Presiden Pejuang Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua Penerangan Pejuang Muhammad Rafique dan aktivis politik Tian Chua.

Ucapan mereka menzahirkan bantahan terhadap tindakan Israel menahan 23 rakyat Malaysia di Pelabuhan Ashdod, selain mengkritik jemputan Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan ini.
Selain laungan keras mengecam Israel, himpunan turut disertai dengan bacaan doa qunut nazilah dan doa khusus buat Palestin serta sukarelawan Malaysia yang kini masih ditahan oleh rejim Zionis.