Wartawan Astro AWANI berusia 33 tahun, Syafik Shukri Abdul Jalil, mengambil keputusan luar biasa dengan menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG). Misi ini bertujuan membawa suara rakyat Gaza yang kini hidup di bawah kepungan rejim Zionis.
Teruskan MembacaSyafik kini berada di atas kapal Conscience, salah satu daripada 11 kapal yang berlayar dari dua pelabuhan di Itali Sicily dan Otranto.
Dia menyatakan bahawa penyertaan dalam misi ini bukan semata-mata untuk menyerahkan bantuan, tetapi lebih penting untuk menembusi sekatan yang dikenakan dan menyampaikan laporan langsung dari kawasan yang sering tersorok daripada perhatian media arus perdana.
Walaupun ada cabaran dan kemungkinan provokasi, Syafik mendedahkan bahawa pasukan FFC sudah bersiap sedia dengan strategi serta latihan rapi bagi memastikan keselamatan dan kredibiliti liputannya.
Beliau tersangat sedar bahawa sebagai satu-satunya wartawan Malaysia dalam konvoi itu, amanah di bahunya bukan kecil: “Peranan saya adalah untuk menyebarkan kesedaran, memberi kemas kini harian tentang pergerakan kapal dan rancangan seterusnya.”
Misi ke Gaza ini dijangka mengambil masa beberapa hari lagi, bergantung kepada cuaca dan keadaan laut.
Syafik menegaskan bahawa selain membawa mesej solidariti antarabangsa, laporan dari lapangan adalah penting agar masyarakat Malaysia dan dunia sendiri memahami dengan tepat apa yang berlaku di Gaza, bukan hanya melalui naratif jauh.
Sama sama kita doakan keselataman semua yang menurut serta dałam misi ini. Semoga mereka pergi dan balik dengan selamat.