KUALA LUMPUR: Acara War Zone Championship yang tular baru-baru ini rupa-rupanya tak pernah dapat kelulusan rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Teruskan MembacaMenurut Hannah, mana-mana acara sukan lebih-lebih lagi yang libatkan peserta luar negara wajib dapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia seperti yang termaktub dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 [Akta 576].
“KBS ingin memaklumkan bahawa War Zone Championship tidak mendapat kelulusan daripada kementerian,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut mengingatkan bahawa penganjur boleh dikenakan tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peraturan tersebut. Seksyen 36 Akta 576 jelas memperuntukkan hukuman terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan acara tanpa kelulusan rasmi.
“KBS menasihatkan semua pihak supaya patuh kepada peraturan bagi menjaga integriti dan keselamatan sukan negara,” tegasnya.
Dengan pendedahan ini, penganjur War Zone Championship kini mungkin berdepan tindakan undang-undang. Kes ini juga jadi pengajaran buat mana-mana pihak, jangan main redah anjur acara besar tanpa lampu hijau daripada KBS.
















