Pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra dipanggil Aqish baru-baru ini beri mesej penting untuk semua yang pernah jadi mangsa buli, jangan takut untuk bersuara dan pertahankan diri!
Teruskan MembacaDalam hantaran Instagram, Aqish tegaskan, mangsa buli tak patut biarkan diri jadi kambing hitam. Katanya, kalau hidup korang ada pengalaman yang sama macam dia dan keluarga, berani lah melangkah dan lawan.
“Untuk semua supporter dan sahabat Aqish, kalau hidup kalian ada persamaan dengan kami, terus melangkah. Jika dibuli macam Aqish dan ibu, lawan, jangan mudah dijadikan kambing hitam,” tulisnya.
Selain itu, Aqish juga pesan supaya bijak pilih kawan. Tak perlu ramai, yang penting kualiti persahabatan. “Untuk bestie-bestie Aqish, pilih sahabat walau tak ramai. Tak ramai bukan bererti kita suka bermusuh. Kita pilih. Thank you for all the wonderful thoughts and support you have been giving me. Yang dibuli kekal menderita. Si pembuli riang ketawa,” katanya lagi.
Nama Puteri Balqis kini hangat diperkatakan selepas dia mendedahkan insiden buli dan pengaiban yang pernah berlaku, termasuk melibatkan pelakon Mia Sara Nasuha serta pengalaman diketepikan sewaktu bergambar dengan peminat beberapa tahun lalu.
Aqish berharap perkongsiannya ini dapat beri inspirasi kepada semua mangsa buli untuk berdiri teguh dan pertahankan hak sendiri, tanpa takut!
















