Nama Amira Othman jadi perhatian lagi, kali ini bukan sebab lagu atau drama baru, tapi kerana satu perkongsian ringkas yang cukup bermakna di media sosial.
Teruskan MembacaMenerusi Instagram Story, Amira memuat naik petikan daripada khutbah Jumaat yang mengingatkan supaya kita tidak melukai orang lain sebagaimana kita sendiri tidak mahu dilukai. Mesejnya simple, tapi deep, setiap perbuatan dan kata-kata yang kita lepaskan, semuanya ada tanggungjawab.
Walaupun tak tulis kapsyen panjang lebar, ramai yang rasa perkongsian itu ada maksud tersirat. Lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial sekarang, di mana komen pedas dan kecaman kadang-kadang jadi perkara biasa.
Netizen rata-rata beri reaksi positif dan anggap apa yang dikongsikan Amira sebagai satu peringatan yang baik. Ada yang kata mesej itu memang kena dengan situasi semasa, dan tak salah untuk kita semua ambil masa muhasabah diri.
Apa pun niat sebenar di sebalik perkongsian itu, satu benda yang jelas, mesej tentang menjaga hati dan perasaan orang lain memang tak pernah lapuk. Kadang-kadang kita terlalu cepat bercakap atau menaip, sampai terlupa setiap orang ada hati dan perasaan.
Betul juga kan, kalau kita tak suka disakiti, janganlah kita jadi orang yang menyakiti.
















