Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima tampil bersuara selepas timbul dakwaan kononnya drama terbaharunya, Jangan Panggil Aku Gus, ada kaitan dengan kisah pendakwah selebriti, Da’i Syed.
Teruskan MembacaMenurut Erma, andaian tersebut sama sekali tidak benar dan dia sendiri terkejut apabila ada pihak mengaitkan jalan cerita drama itu dengan individu berkenaan.
“Tak ada kena-mengena langsung,” jelasnya ringkas, sambil menegaskan karya tersebut bukan diinspirasikan daripada mana-mana kes atau individu tertentu.
Erma turut menjelaskan, idea drama berkenaan sebenarnya datang daripada pemerhatiannya terhadap realiti kehidupan dan isu masyarakat hari ini. Katanya, sebagai pengkarya dia bebas berkarya berdasarkan pengalaman serta pandangan sekeliling, bukannya merujuk kepada satu-satu kontroversi yang sedang hangat diperkatakan.
Dalam masa sama, Erma meluahkan rasa teruja kerana drama ini turut membariskan pelakon dari Malaysia dan Indonesia, sekali gus memberi warna berbeza kepada naskhah tersebut.
Untuk info, Jangan Panggil Aku Gus bakal ditayangkan bermula 5 Mac ini menerusi platform penstriman Karya Reels.
















