Khairul Aming buat ramai terharu bila tak dapat menahan sebak semasa beri ucapan di majlis kahwin sahabat baiknya, Kemey Hakim.
Dalam ucapannya yang penuh emosi, Khairul Aming kongsi betapa susah nak dapat kawan yang setia macam Kemey. Dia sempat seloroh dan luahkan beberapa kata yang buat semua tetamu menitiskan air mata:
Teruskan Membaca“Mey, awak dah macam adik saya sendiri. Dari tolong kerja, jaga saya bila sakit, sampai jadi bodyguard tanpa diminta, semua tu awak buat dengan ikhlas.”
“Bila tengok best friend dah berkahwin, air mata terus jatuh. I’m so happy for both of you. Take good care of your wife, Mey.”
Kemey merupakan orang pertama yang membantu dan ada bersama Khairul Aming dari zaman susah sehinggalah di tahap dimana Khairul Aming berada sekarang.
“Semua kejayaan saya hari ini tak lepas daripada sokongan dan pengorbanan awak selama enam tahun. Saya hargai sangat persahabatan kita.”
Video ucapan ni cepat tular, dan telah membuat ramai yang mengalir air mata dan terkesan dengan ucapan yang dibuat oleh Khairul Aming. Ada juga yang puji tentang betapa tulusnya perasaan Khairul Aming terhadap sahabatnya. Momen manis ni sekali lagi membuktikan betapa pentingnya persahabatan sejati dalam hidup kita.
















