Nampaknya tak perlu risau dulu. Petronas sahkan bekalan bahan api di seluruh negara masih cukup sampai hujung Jun 2026.
Sebelum ni ada jangkaan stok mungkin hanya bertahan sampai Mei, tapi perkembangan terbaru ni sedikit sebanyak bagi kelegaan, especially untuk yang dah mula fikir nak isi minyak lebih-lebih.
Teruskan MembacaMenurut kenyataan Petronas, mereka sentiasa pantau dan urus rantaian bekalan dengan rapi supaya semua stesen minyak terus ada stok, walaupun dunia sekarang tengah berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat.
Untuk info, kira-kira 50% bekalan bahan api negara datang daripada Petronas Dagangan Berhad, manakala selebihnya disediakan oleh syarikat minyak lain dalam Malaysia.
Apa yang penting sekarang, Petronas minta orang ramai jangan panic buying. Isi minyak macam biasa, ikut keperluan harian je.
Kalau semua orang beli secara berhemah, bekalan akan kekal stabil dan semua pun boleh guna tanpa masalah.
Ringkasnya, minyak ada, jangan panik.















