Memang padu! Sepanjang April 2026, Polis Selangor berjaya “clean up” beberapa sindiket besar melibatkan dadah dan juga penipuan ‘call center’ dalam beberapa siri operasi berasingan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Datuk Kahar dedahkan, antara 21 hingga 23 April lepas, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan bantuan Polis Bantuan MAHB KLIA berjaya tumpaskan dua sindiket dadah.
Teruskan MembacaSerbuan dibuat di KLIA dan juga Bandar Sri Sendayan hasilnya memang mengejutkan.
Dua wanita, seorang tempatan dan seorang warga asing, ditahan bersama rampasan sebanyak 183.7 kilogram bunga ganja yang dianggarkan bernilai RM14.7 juta!
Bukan itu saja, polis turut rampas sebuah Honda City, motosikal Vmoto XDV 250 dan wang tunai 280 Pound Sterling.
Kalau nak bayangkan, jumlah dadah yang dirampas tu boleh “supply” sehingga 613,000 orang, memang besar!
Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Dalam masa sama, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) pula berjaya tumpaskan empat sindiket penipuan ‘call center’ sekitar Ampang, Petaling Jaya dan Subang Jaya.
Di Ampang, seramai 20 individu ditahan termasuk warga tempatan dan asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti tukar duit hasil scam dan juga judi online. Nilai rampasan peralatan dianggarkan RM80,000.
Di Petaling Jaya pula, lapan lelaki tempatan yang bertindak sebagai ‘account handler’ untuk duit scam berjaya dicekup bersama RM40,000.
Mereka semua dah didakwa dan dikenakan denda RM5,000 setiap seorang.
Manakala di Subang Jaya, tiga lagi lelaki ditahan kerana terlibat dalam scam pelaburan online dengan rampasan RM40,000.
Secara keseluruhan, 31 individu berjaya ditahan dengan jumlah rampasan sekitar RM160,000 untuk kes-kes penipuan ini.
Kes disiasat di bawah beberapa seksyen termasuk Seksyen 420 dan 120B Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen. Operasi kali ini jelas menunjukkan Polis Selangor memang tak bagi ruang dari dadah sampai scam, semua kena ‘game over’!
















